Ahmad Maslan buktikan Umno banyak pimpinan “sombong dan dungu”

Ahmad Maslan buktikan Umno banyak pimpinan “sombong dan dungu”

Selepas dilantik menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang keras menegur kepimpinan Umno sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil dengan kenyataan-kenyataan yang terus mencetuskan kontroversi.

Di dalam satu program bersama Umno Perak, Ahmad Maslan berkata kepada hadirin bahwa beliau telah ditunjukkan satu rakaman temu bual sebuah stesen media dengan seorang pemarut kelapa yang secara terang-terangan tidak bersetuju sekiranya PRU dilaksanakan ketika ini, kerana isu COVID-19 yang masih belum selesai.

Ahmad Maslan di dalam jawapannya menerangkan bahawa banyak negara sudah melakukan pilihan raya, antaranya Amerika Syarikat dan Singapura, malah pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah juga diadakan ketika wabak melanda negara ini.

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.”

“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” kata Ahmad.

Tindakan pemimpin Umno itu membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) turut mendapat kecaman dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Lim, kenyataan Ahmad itu adalah suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa Covid-19 masih mengancam rakyat negara ini.

Ahmad Maslan sekali lagi mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran, “Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )