GEMPAR! Agong setuju undi percaya tidak dilaksanakan terhadap PM ke-9

GEMPAR! Agong setuju undi percaya tidak dilaksanakan terhadap PM ke-9

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan agar undi percaya tidak dilaksanakan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Perlembagaan Persekutuan telah beri kuasa besar kepada Agong untuk lantik perdana menteri yang diyakininya mempunyai sokongan majoriti dan ketika itu, 114 ahli parlimen meyokong (Ismail Sabri).

“Ini bukan anggapan lagi, (ahli parlimen) memang mengadap Agong (untuk menyatakan sokongan). Jadi dalam masa singkat, saya tidak lihat mereka mengubah pendirian.

“Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang ubah fikiran. Jadi berdasarkan ini, Agong berkenan undi percaya tak perlu diadakan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini secara terbuka menitahkan agar undi percaya diadakan terhadap perdana menteri baru di Parlimen.

Tiada kenyataan umum dibuat berhubung perubahan keputusan itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata Agong memaklumkan perkara itu kepada Ismail.

“Agong tak titah untuk (undi percaya) sekarang. Agong ada titah sebelum ini tetapi tidak selepas pelantikan.

“Tanya Agong jika tuanku mahu (ia dilaksanakan). Jika Agong mahu, kita akan lakukan kerana ia kuasa tuanku,” katanya kepada Malaysiakini.

Zahidi berkata dia tidak mahu wujudnya duluan di mana pelantikan yang dibuat Agong perlu disahkan di Parlimen.

“Kita perlukan persetujuan Agong untuk melakukannya, bukan apa yang pembangkang mahu,” kata Zahidi.

Zahidi juga menegaskan sejumlah 114 ahli parlimen memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri. MK

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )