GEMPAR!!! Kerajaan PN “RUNTUH”, Muhyiddin hilang sokongan majoriti

GEMPAR!!! Kerajaan PN “RUNTUH”, Muhyiddin hilang sokongan majoriti

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh Umno Padang Rengas serta pendirian yang dibuat oleh majlis tertinggi parti (MT) itu baru-baru ini.

“Atas mandat yang telah diberikan oleh bahagian saya – Padang Rengas – dan dengan mandat oleh MT maka saya pada hari ini mengumumkan saya Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli parlimen kawasan Padang Rengas dengan ini dan dengan rasminya saya menarik sokongan kepada pimpinan Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada,” katanya.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, keputusan yang diambil itu dibuat selepas dia berfikir panjang dan berasakan ia adalah langkah terbaik untuk Umno.

Sidang media Nazri itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hanya beberapa jam selepas Muhyiddin menyampaikan ucapan berkenaan pelaksanaan darurat di negara ini.

Menurut Nazri lagi walaupun membuat keputusan itu Umno tidak menentukan bila pilihan raya umum perlu diadakan.

Namun dia menyatakan, dalam keadaan sekarang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi memiliki majoriti di parlimen.

“Dengan (penarikan) sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ini, bermakna hari ini kerajaan sudah ada (sokongan) 109 (ahli parlimen) saja… sudah tidak ada majoriti,” katanya.

Berita Penuh: MalaysiaKini

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )