Hospital patuh syariah pertama di Kelantan ghaib gagal ditemui oleh rakyat

Hospital patuh syariah pertama di Kelantan ghaib gagal ditemui oleh rakyat

Kerajaan Pas Kelantan pada tahun 2018 yang lalu telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak patuh syariah pertama di Kelantan.

Projek yang dikatakan menelan belanja RM100 juta itu akan dimulakan pembinaannya pada Januari 2019 dan dijangka siap dalam masa 36 bulan.

Sebelum ini Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu setinggi lapan tingkat dan mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Beliau juga yakin hospital baharu tersebut bukan sahaja muncul selaku mercu tanda baharu tetapi dalam masa membawa imej patuh syariah serta menjadi contoh kepada hospital lain.

Dr Izani berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pengkalan Chepa, pada 19 April 2018 lalu.

Namun hasil tinjauan yang dijalankan, bangunan setinggi lapan tingkat itu tidak kelihatan lagi berdiri megah di Padang Tembak, Kelantan. Tidak diketahui apakah status terkini hospital patuh syariah pertama di Kelantan itu. Adakah telah wujud atau ia hanya wujud sebagai sebuah model atas meja seperti yang sedang diperhatikan oleh Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ini.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )