Ibu arwah Adib kecewa janji kosong pemimpin kerajaan sekarang

Ibu arwah Adib kecewa janji kosong pemimpin kerajaan sekarang

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tampil menyatakan rasa sedih dan kecewanya terhadap pimpinan kerajaan persekutuan.

Ia selepas mereka dimaklumkan siasatan berhubung kes kematian anggota bomba itu ditutup sementara dan akan dibuka semula sekiranya mempunyai bukti baru.

Menurut ibunya, Asma Aziz, 54, dia dan suaminya, Mohd Kassim Hamid, 65, sebelum ini langsung tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai kes anak mereka itu ditutup sementara dan hanya mengetahuinya melalui laporan media.

Sebelum ini katanya, mereka sekeluarga percaya pemimpin kerajaan yang baru hari ini mampu memperjuangkan nasib Adib seperti dicanang sebelum menjadi kerajaan.

“Bagaimanapun saya kecewa apabila pemimpin sekarang pun tidak ada beza dengan kerajaan terdahulu,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Terdahulu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata bahawa kes itu ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baru.

Zuraida yang adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika insiden itu berlaku menyatakan yang kerajaan kini memberi fokus terhadap keperluan keluarga arwah.

Untuk rekod, Jabatan Bomba dan Penyelamat terletak di bawah bidang kuasa kementerian tersebut.

Asma juga dilaporkan berkata, dia juga kecewa dengan pelbagai janji yang ditabur sebelum ini termasuk memberi pampasan selepas kematian Adib, namun merek tidak menerima sebarang pampasan dan bantuan sehingga hari ini.

Katanya, antara pihak yang menabur janji tersebut ialah Kementerian Perumahan Kerajaan dan dan Tempatan.

“Setakat ini, keluarganya hanya menerima wang pencen Muhammad Adib sebanyak RM375 sahaja setiap bulan,” katanya lagi. mk

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )