Ismail Sabri tersepit, PM ke-10 mungkin muncul sebelum PRU-15

Ismail Sabri tersepit, PM ke-10 mungkin muncul sebelum PRU-15

Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ketika ini diibaratkan berada di atas titian sirat yang begitu halus, menyukarkan beliau untuk seimbang dan tidak jatuh.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad kumpulan-kumpulan yang dilantik Ismail di dalam jemaah menteri mempunyai tuntutan masing-masing dan bercanggah antara satu sama lain.

“Ismail tidak selesa, kerana kumpulan yang menyokong beliau ada perkiraan masing-masing.

“Pihak Bersatu sokong bersyarat iaitu jangan beri ruang kepada kluster mahkamah duduk dalam kabinet atau lepas dari pendakwaan.

“Pada masa yang sama kluster dalam BN inilah buat tuntutan hingga menjatuhkan Mahiaddin kerana tidak mahu penuhi hasrat mereka.

“Jika Ismail pula sanggup penuhi tuntutan mereka, Bersatu pula akan bantah dan tarik sokongan. Ismail kena bersilat, inilah terpaksa dihadapi,” katanya dalam Bicara Khalid di Jom Channel.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata, golongan pentingkan politik dan kedudukan daripada mahu uruskan masalah ekonomi, pendemik inilah yang menjatuhkan kerajaan sebelum ini.

Tambahnya, ini disebabkan mainan politik dalaman yang akhirnya terlantik perdana menteri ke-9 setelah menjatuhkan perdana menteri ke-8.

“Mungkin akan muncul pula perdana menteri ke-10 sebelum tibanya PRU15.

“Ramai yang risau keadaan tidak stabil terus berlaku setelah terbentuknya kabinet baru-baru ini,” kata beliau. MD

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )