Jika audio perbualan tulen, video Hotel Four Point muka siapa, beruang?

Jika audio perbualan tulen, video Hotel Four Point muka siapa, beruang?

Selepas Tan Sri Annuar Musa begitu bersungguh-sungguh cuba mengesahkan bahawa audio perbualan dua pemimpin yang tersebar adalah tulen 100 peratus, pemimpin Umno kini bertanya wajah siapa pula dalam video di Hotel Four Points, Sabah.

“Tanya Annuar, dalam video itu, wajah Azmin atau wajah beruang?” kata Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam tulisannya di Facebook.

Puad berkata, Annuar Musa yakin rakaman perbualan Zahid-Anwar adalah tulen 100 peratus.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula telah menafikannya.

Sehubungan itu, Puad bertanya, kenapa Annuar Musa dan kuncunya bersungguh sungguh mahu mengesahkan ia tulen 100%.

“Dia juru cakap siapa? Dia nak senangkan hati siapa?” tanya Puad yang juga bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan BN sebelum ini.

Bagi beliau, Annuar sudah jadi pakar forensik sekarang.

“Kalau begitu video di hotel Four Points Sabah, tulen atau palsu?” tanya Puad merujuk kepada pengakuan salah seorang pelakunya, bahawa video itu antara beliau dengan seorang lagi pemimpin negara.

Bagi Puad, video lagi senang, ia merakam wajah bukan merakam suara sahaja.

“Haziq pun mengaku,” kata beliau dalam kenyataan di Facebooknya itu.

Menurut Puad, ramai netizen bertanya kepada Annuar mengenai video Hotel Four Points Sabah.

“Kalau suara pun Annuar boleh kenal, apatah lagi wajah orang,” kata beliau. – MD

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )