Lepas tayang gambar solat di pejabat, ada pemimpin Pas tayang gambar lakonan pula

Lepas tayang gambar solat di pejabat, ada pemimpin Pas tayang gambar lakonan pula

Agak jarang dilihat pemimpin Umno sebelum ini memuat naik gambar mereka di dalam pejabat kerajaan bersama anak buah dengan aksi lakonan.

Namun, berbeza dengan seorang pemimpin Pas ini iaitu Nasrudin Hassan juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkongsikan gambar aksinya sedang duduk di sebuah meja sambil dikelilingi enam pegawai Yadim dengan dua daripada duduk sambil mengukir panjang senyuman.

“Gambar bersama team Pengurusan Tertinggi YADIM pada awal penyertaan saya di YADIM untuk cover kalendar YADIM – kenangan bersahabat dalam perjuangan,” tulisnya di Facebook rasminya malam tadi.

Turut kelihatan dalam foto itu (duduk kanan sekali) ialah Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya merangkap Yang Dipertua Pas Kawasan Batu.

Perkongsian gambar oleh Nasrudin yang merupakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu kemudiannya mengundang polemik warganet dengan rata-ratanya menyindir bahkan mengecam manakala mereka yang dilihat penyokong Pas tentunya memberi reaksi positif.

“Sedap dapat jawatan masing-masing, depan Rabbul Jalil kamu semua akan dipertanggungjawabkan,” komen Chad Syazwan.

Sementara itu, ada juga yang mengaitkan dengan pengkhianatan melalui Langkah Sheraton membolehkan Pas tahun lalu kembali menganggotai barisan jemaah menteri Kabinet selepas 43 tahun bergelar pembangkang.

“Dapat jawatan hasil pengkhianatan,” selar Muhammad Nazri.

Tidak hairanlah apabila ada berpendapat Nasrudin tidak perlu pun berkongsikan gambar itu memandangkan tidak banyak memberi manfaat kepada umat.

“Gambar yang tidak perlu… nak beritau apa?” soal Hamdan Mohd Salleh.MD

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )