Menteri Agama langgar SOP, malu muat naik gambar Majlis Pernikahan Neelofa

Menteri Agama langgar SOP, malu muat naik gambar Majlis Pernikahan Neelofa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri sebelum ini pada 20 Mac 2021 tanpa segan silu memuat naik empat keping gambar beliau hadir dan menyampaikan Khutbah Nikah kepada pasangan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila Mohd Noor di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Di dalam tulisan beliau di Facebook peribadi miliknya, Menteri Agama itu dengan gembira mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berkongsi sepotong ayat al-Quran berkaitan dengan pernikahan.

Namun ia menjadi persoalan yang panas dibincangkan di media sosial apabila Menteri Agama tersebut langsung tidak memuat naik gambar beliau menikahkan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26.

Seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan majlis pernikahan tersebut yang dihadiri oleh ramai ahli parlimen Perikatan Nasional dan keadaan di dalam majlis tersebut juga secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Tindakan Menteri Agama itu yang tidak memuat naik sebarang gambar majlis tersebut dikatakan setelah beliau menerima kecaman hebat di media sosial akibat pelanggaran SOP secara beramai-ramai yang dilakukan dalam majlis tersebut.

Malah tular gambar Menteri Agama itu berada di tengah-tengah segerombolan tetamu yang duduk secara rapat-rapat tanpa mematuhi SOP.

Perkara ini amat berbeza dengan arahan Menteri Agama sebelum ini yang mengeluarkan SOP di masjid agar solat dijalankan secara jarak 1 meter di antara setiap jemaah yang hadir.

Tindakan ini telah melahirkan kecaman netizen yang menganggap ini adalah sikap “double standard” yang diamalkan oleh kebanyakkan menteri di dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Ia jelas menunjukkan bahawa sememangnya wujud kasta di dalam perlaksanaan SOP dan double standard dalam tindakan kompaun.

Menteri Agama juga turut dikecam kerana tidak tahu tugas hakiki beliau malah terlalu sibuk menikahkan pasangan artis-artis di Malaysia. Adakah Menteri Agama lebih sesuai menjawat jawatan sebagai “Tok Kadi Artis Malaysia”?

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )