Menteri “Kasa” tidak sensitif punca Malaysia jadi negara “tong sampah”

Menteri “Kasa” tidak sensitif punca Malaysia jadi negara “tong sampah”

Kerajaan sebelum ini telah berjanji tidak akan membiarkan Malaysia menjadi negara tong sampah dunia dengan membenarkan kontena-kontena yang mengandungi sampah dari luar masuk ke dalam negara.

Jika pihak kerajaan terlalu bergantung kepada peraturan dan prosedur semata-mata tanpa memikirkan ancaman masa hadapan ia sebenarnya memberikan kesempatan kepada pihak-pihak tertentu menjadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan sampah dunia.

Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari turut mengkritik dasar kerajaan itu di mana ia sebenarnya boleh diubah bersesuaian dengan kes bagi menghentikan kegiatan mengimport sampah dari luar negara. Negara perlu berfikir panjang dengan mengamalkan kitar semula demi menjaga kebersihan dan kesihatan rakyat di dalam negara.

“Kitar semula apa yang kita ada.

“Kalau bergantung pada peraturan dan prosedur, negara boleh terjerumus menjadi tong sampah dunia,” tulis beliau melalui akaun Facebook miliknya.

Beliau dikatakan memberikan riaksi rentetan dari tindakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) membenarkan kontena dari Amerika Syarikat yang mengandungi barang dagangan sisa plastik jenis polietilena masuk ke Malaysia. Melucukan apabila Menteri Kasa mengatakan bahawa sampah yang dibawa masuk itu adalah bersih dan selamat untuk negara.

Tindakan Menteri Kasa yang tidak sensitif itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial dengan rata-ratanya warganet mengkritik tindakan kerajaan yang menerima sisa tersebut.

Kasa sebelum ini menjelaskan sisa plastik tersebut adalah bersih, bersifat homogenous dan memenuhi kriteria yang telah disyaratkan dalam lesen import sisa plastik (approved permit atau AP) kepada pengimport.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )