Menteri Keselamatan dipecat kerana berkelakuan memalukan

Menteri Keselamatan dipecat kerana berkelakuan memalukan

Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa pada Isnin memecat Menteri Keselamatan, Owen Ncube disebabkan beliau berkelakuan secara tidak wajar dan bersesuaian dengan jawatannya.

Dalam satu kenyataan ringkas dari pejabat Presiden itu, arahan tersebut berkuat kuasa dengan segera.

Tiada maklumat lanjut yang diberikan oleh pejabat berkenaan dan butiran terperinci tentang bentuk kelakuan tidak wajar itu.

Owen Ncube dilantik sebagai menteri pada tahun 2018 dan dianggap sebagai sekutu rapat Presiden.

Pada tahun 2019, beliau diletakkan di dalam senarai sekatan Amerika Syarikat kerana tindakan kerajaan yang memerangi protes dan pihak pembangkang di Zimbabwe.

Pada tahun lalu, Britain melaksanakan sekatan ke atasnya dan tiga lagi pegawai Zimbabwe berikutan kematian ramai orang awam yang membantah rejim pemerintahan Mnangagwa. – Agensi

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )