Menteri PN “koyak” bila rakyat mula laung slogan “#kerajaangagal”

Menteri PN “koyak” bila rakyat mula laung slogan “#kerajaangagal”

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menolak serangan pembangkang dan sebahagian pengguna maya yang menyifatkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai “kerajaan gagal”.

“Kalau orang ramai kata susah dapat bantuan, mungkin ini betul. Ini kelemahan dan perkara yang kita harus tambah baik.

“Tetapi kalau kata kerajaan ini gagal, tidak buat apa-apa untuk rakyat, ini tidak betul,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, kerajaan sudah berusaha sehabis baik menguruskan pandemik Covid-19 dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Dia merujuk bantuan rangsangan ekonomi bernilai RM380 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Kempen di alam maya itu bermula dengan penggunaan tanda pagar #kerajaangagal sejak dua bulan lalu.

Ia disemarakkan lagi dengan serangan pembangkang dalam isu peningkatan kes Covid-19, kelewatan proses vaksinasi dan dakwaan pilih kasih dalam pelaksanaan prosedur operasi piawai (SOP).

Mengulas keluhan berkaitan kelewatan vaksinasi, Alexander berkata kerajaan sudah pun mempercepatkannya.

Katanya, kini lebih banyak pusat suntikan vaksin dibuka di seluruh negara. – MK

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )