Muhyiddin bazirkan wang negara gajikan 4 Menteri Kanan

Muhyiddin bazirkan wang negara gajikan 4 Menteri Kanan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mempersoalkan keperluan empat menteri kanan dikekalkan dalam barisan Kabinet selepas pelantikan Timbalan Perdana Menteri sudah dibuat.

Beliau berkata, tindakan mengekalkan empat jawatan menteri kanan itu hanya satu pembaziran kerana semua mereka tidak mempunyai peranan serta bidang kuasa kecuali mendapat keistimewaan ‘polis pengiring’.

“Sepatutnya dengan pandemik Covid-19 ini jawatan menteri kanan termasuk wakil-wakil yang bertaraf menteri ditamatkan sahaja. Membazir dan tiada ‘teamwork’,” katanya di Facebook sambil mengaitkan isu keselarasan sebagai punca kegagalan kerajaan.

Katanya, barisan Jemaah Menteri kerajaan terlalu besar dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Tambah beliau, Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dr Mohd Arshil Moideen sendiri mengakui ketiadaan ‘unified action’ dan penyelarasan daripada atas ke bawah menjadi punca kegagalan kerajaan.

“Sekarang nampak macam empat menteri sahaja yang bekerja. Ada pula menteri yang kerjanya buka pintu belakang. Menteri kanan pula tu,” tambah beliau. FMT

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )