Negara bergelut dengan COVID-19 dan Darurat, PM sibuk buat dewan

Negara bergelut dengan COVID-19 dan Darurat, PM sibuk buat dewan

Susulan tularnya surat permohonan pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh bernilai RM35 juta, Pejabat Perdana Menteri tampil menjelaskan perkara itu.

Dalam kenyataan terbaru, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan peruntukan pembangunan tersebut adalah untuk tiga buah dewan orang ramai iaitu Dewan Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong Muar bernilai RM5.77 juta.

“Peruntukan pembangunan bukan untuk pembinaan sebutir dewan sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Pembinaan ketiga-tiga dewan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Jelasnya juga, perolehan bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan ini bukan secara rundingan terus tetapi mengikuti tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Dakwaan seperti yang ditularkan adalah berniat jahat dan Pejabat Perdana Menteri merasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Baca Berita Menarik GEMPAR !!! Kos dewan RM35.4 juta terlalu mahal dan mencurigakan

Sejak pagi tadi, tularnya satu surat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri berhubung kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Kandungan surat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman diterima pada 11 januari 2021 lalu menyatakan Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM35,435,992.00 bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Perdana Menteri juga memohon supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) dilantik sebagai pelaksana projek-projek ini

“PM juga turut menyatakan hasrat beliau agar pelaksanaan projek-projek ini dapat dimulakan dengan secepat mungkin

“Oleh itu Ybhg Datuk dimohon untuk mengambil segala tindakan yang dapat memastikan projek ini dapat bermula di tapak pada 1 mac 2021,” tulis JPM dalam surat tersebut.

Berita Penuh: MalaysiaDateline

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )