PANAS | 4 sebab utama kenapa Pas dan Kerajaan PN takut undi 18 tahun!

PANAS | 4 sebab utama kenapa Pas dan Kerajaan PN takut undi 18 tahun!

Sebelum ini aku sudah mahu menulis tentang hasil kajian sinar Harian dan Sin Chew daily tentang pilihan rakyat Malaysia dalam PRU 15, Sudah pasti kajian ini dilakukan dengan mengambil sampel 50 % pengundi Cina yg mewakili Sin Chew Daily dan 50% Pengundi Melayu mewakili Sinar harian…

1- PENGARUH PARTI MUDA
Aku tak berminat melihat kajian parti lain, Tetapi merujuk bagaimana pengaruh parti Muda boleh mengatasi parti Warisan, Pejuang,GPS dan komponen BN yang lain, malah lebih tinggi dari PPBM dengan mendapat undian 5.32%..

Ia menandakan pengaruh parti Muda akan membimbangkan PN mahupun BN.. Jadi tidak hairan Kerajaan PN menangguhkan pendaftaran undi 18.. Dan haji Hadi bersungguh sunguh menyokongnya..

Parti Muda mungkin tidak mampu memeroleh kerusi parlimen seperti Warisan dan GPS..tetapi penyokong dan pengaruh mereka adalah penentu..

Sebelum ini aku dah tulis merujuk reaksi anak muda di dunia Twitter, Muda mempunyai pengaruh dan segmen tersendiri dalam masyarakat pengundi muda.. Jadi ini yang perlu dimanfaatkan PH, kemungkinan kelompok ini tidak terikat dengan parti dari kalangan pengundi atas pagar..

Bagaimanapun Ia bukan lah kajian yang tepat melihat dari sasaran kajian dan merujuk Sosio dan Demografi rakyat di Malaysia.. lainlah Malaysia mengamalkan pilihanraya merujuk undi Popular..

2- PARTI BERBILANG BANGSA PKR DAN DAP..
Bagi PKR dan DAP ia realistik memandang parti berbilang kaum di bandar, mereka mendapat undi dari kedua segmen Cina dan Melayu.. Cuma DAP lebih rendah sebanyak 12.06% berbanding PKR 14.41% memandangkan PKR juga disokong sebahagian Melayu bandar..

Undi mereka tertumpu sudah pasti di bandar bandar dan kawasan yang mempunyai kependudukan yang tinggi.. Jadi undi yang diterima DAP lebih tinggi dari UMNO adalah realistik..Bukan bermaksud DAP lebih kuat dari UMNO…

3- PARTI TERAS MELAYU UMNO DAN PAS BERBANDING AMANAH..
UMNO juga tinggi, Sudah pasti solid datang dari masyarakat Melayu.. UMNO mendapat 10.46%.. Sudah pasti sebabnya ia parti teras Melayu sebagaimana DAP kalangan pengundi Cina..

Begitu juga Amanah yang dikata menyamai undi diterima PAS sebanyak 7.58%.. Bagi aku tak realistik, PAS mempunyai teras dan dokongan yg lebih besar dari Amanah, kenapa undi depa sama, Sebab Amanah didokong bukan Islam.. Jadi ia realistik kerana kajian melibatkan Sin Chew daily.. berbeza kalau datang hanya Sinar Harian….

Namun biarpun undi sesuatu parti tinggi, Ia tidak menjamin kemenangan Pilihanraya disebabkan soal persempadanan dan Sosio Masyarakat di Malaysia yang pelbagai… Itu sebabnya kenapa PAS terdesak mahu persempadanan semula.. Mereka sudah melihat bencana yang mendatang…

4- REALITI POLITIK DI MALAYSIA
Dalam realiti Pilihanraya, parti yang dapat undi tertinggi belum pasti akan meraih manfaat kerusi Dun dan parlimen yang Tinggi.. Umpamanya, Apa guna Majority Undi lebih 100 ribu di Petaling Jaya dan Subang Jaya pun walhal ianya hanya sekadar 1 parlimen berbanding 3 Parlimen di Terengganu dan Sarawak… Biarpun majority di Besut Terengganu hanya 3 ribu Undi..Ia juga adalah 3 kerusi mereka di parlimen berbanding 1 kerusi bandar..

Itu sebab biarpun undi diperoleh rendah bagi Warisan ,GPS dan PAS.. Tetapi mereka mampu hadirkan berbelas ahli parlimen kerana mereka ada teras pengundi di Sarawak, Sabah dan Kelantan…

Untuk maksud ini.. Begitu pentingnya kita memanfaatkan parti biarpun pengaruh mereka hanya sekadar 2% Seperti Pejuang, GPS.. 2 % Itu akan menentukan Parlimen dan Dun dimenangi,Hatta menentukan Putrajaya..

Bani Melayu ni bukan boleh kira sangat..Bila tengok angka parti dia paling Tinggi..dah boleh sembang, kami boleh menang bersendirian.. dah macam PAS dulu… Ni jenis geng baca tajuk, dan geng tengok Nombor macam kaki nombor tikam Judi ekor.. 🙂

Jadi faham kan apa itu reality Politik ?

Ipohmali

UNDI 18 DAN PENGARUH PARTI DAN UNDI KELOMPOK MUDA

Sebelum ini aku sudah mahu menulis tentang hasil kajian sinar Harian…

Posted by Ahmad Muslim Badawi Badawi on Friday, 26 March 2021

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )