PANAS!!! Muhyiddin “berkuasa akses” kewangan negara tanpa dipersoal

PANAS!!! Muhyiddin “berkuasa akses” kewangan negara tanpa dipersoal

Ada perkara kadang sukar untuk diungkapkan secara berterus terang dalam Politik kita ni.. Semasa permohonan Dharurat pertama ada sahabat mempertikaikan, Kenapa aku hanya memuji Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bila permohonan Dharurat ditolak Majlis Raja Raja.. Mungkin hari ini akan ramai yang akan fahaminya.

Begitu juga awal 8 Disember aku menulis, Tindakan membenarkan rentas Negeri dan Daerah satu tindakan yang salah dari Kerajaan.. Aku dah ingatkan..Jangan sampai ia membuka ruang untuk PM tebuk atap melaksanakan PKP dan akhirnya memohon Dharurat.

Begitu juga semalam aku ingatkan dalam tulisan aku.. Perlaksanan PKP hanya akan melumpuhkan Ekonomi.. Kerajaan akan kehilangan hasil yang tinggi, Jika kerajaan hilang hasil hanya 3 Bulan.. Kemungkinan gaji kakitangan awam dan Pencen kerajaan tak mampu bayar.

Aku dah tulis semalam.. Jika kerajaan tidak ada wang nanti..Hanya dengan Dharurat membolehkan mereka mengakses kepada simpanan dan kewangan Negara sewenang wenangnya termasuk dari tabungan rakyat melalui KWAP dan KWSP tanpa perlu dibawa ke Parlimen dan dipersoalkan….dan itu dah berlakupun dalam Belanjawan lepas.. Mungkin sukar untuk difahami..tetapi itulah realitinya.

Sebagaimana firman Allah..

إن في ذلك لآيات للمتوسمين..
“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “ (Surah Al Hijr : ayat 75)

Maka teruskan lah bergaduh soal siapa yan layak jadi PM atau tidak.. jadi bairkan kerajaan itu terus diperlakukan oleh Kerajaan yang korup dan tidak ada kemampuan untuk mentadbir.

اللَّهُمَّ احْفَظْ بِلاَدَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ وَمَكْرُوْهٍ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ…
Ya Allah, lindungilah negeri kami dari segala bentuk keburukan dan hal-hal yang tidak diinginkan,.. wahai Tuhan Sekelian alam…

Ipohmali

JADI FAHAM KAN.. KENAPA AKU HANYA MEMUJI KEBIJAKSANAAN SULTAN NAZRIN..

Ada perkara kadang sukar untuk diungkapkan…

Posted by Ahmad Muslim Badawi Badawi on Monday, 11 January 2021

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )