PANAS | Tun Mahathir hubungi Anwar, nasib Muhyiddin kini di “hujung tanduk”!

PANAS | Tun Mahathir hubungi Anwar, nasib Muhyiddin kini di “hujung tanduk”!

Satu lagi perkembangan utama sebelum pertemuan semalam adalah Mahathir ada berhubung dengan Anwar.

Perbualan mereka menerusi telefon pada 28 Mei disahkan timbalan presiden (penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Marzuki Yahya, menurut laporan Sin Chew Daily. Marzuki bagaimanapun tidak terlalu mengheboh-hebohkan tentang sebarang kerjasama politik.

Menurut laporan itu, perbincangan itu, yang dimulakan oleh Anwar, didedahkan oleh pihak dalam PKR.

Pihak tersebut juga membangkitkan cadangan penubuhan Mageran. Perbualan tersebut didedahkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 29 Mei namun isi perbincangan tidak didedahkan.

Mahathir akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Warisan dan Umno juga dijangka mengadap hari ini.

Pertemuan terakhir dijangka pada 14 Jun melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi telesidang.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu.

Dengan darurat dijadual tamat pada Ogos, Yang di-Pertuan Agong mempunyai masa secukupnya untuk menimbang pilihan yang ada.

Masih belum jelas blok politik mana yang akan mendapat kelebihan jika cadangan Mageran diguna pakai. Apa yang pasti adalah hal seumpama itu akan meningkatkan ketidaktentuan terhadap nasib Muhyiddin.

Perlu dinyatakan yang melalui Mageranlah Tunku Abdul Rahman tersingkir daripada jawatan perdana menteri.

Ketika Mageran ditubuhkan pada 1969, timbalannya Abdul Razak Hussein yang dilantik sebagai pengerusinya.

Jika Muhyiddin dapat mengekalkan kuasa, ia akan memberi kelebihan kepadanya dalam PRU akan datang. Penubuhan Mageran akan merosakkan rancangan itu. – MK

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )