Pegawai Khas MB Kedah hentam kerajaan PN pimpinan Sanusi dan Pas

Pegawai Khas MB Kedah hentam kerajaan PN pimpinan Sanusi dan Pas

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula pada Sabtu lalu telah berakhir semalam.

Perhimpunan yang bermula pada jam 8.35 pagi itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan menghimpunkan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada hari Sabtu dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Cerita-cerita panas mula muncul sesudah PAU 2020 itu melabuhkan tirainya. Insiden Presiden Pas, Dato’ Seri Hadi Awang yang keluar dari dewan PAU dalam keadaaan yang tergesa-gesa tanpa bercakap sepatah ayat pun kepada para wartawan mula menjadi tanda tanya.

Namun apa yang lebih menarik adalah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh pegawai khas Menteri Besar Kedah yang juga merupakan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno, Saudara Fadzil Zolkipli di dalam ucapan beliau di PAU 2020.

Fadzil di dalam ucapannya mendedahkan situasi sebenarnya yang sedang berlaku di dalam kerajaan PN Kedah pimpinan YAB Muhammad Sanusi itu.

“Saya sorang-sorang, terkanting-kanting di pejabat Menteri Besar, kerana saya orang Umno yang lain semua Pas, ada seorang lagi PPBM pegawai.

“Mereka kutuk saya, depa kata dekat saya.

“Woi hang balik pi bagi tau dekat Dato Asyraf tu berhentilah cakap soal i-Sinar dan Moratorium ni.

Fadzil turut mendedahkan bahawa beliau tidak membiarkan dirinya dibuli dan dipermainkan oleh pegawai-pegawai di pejabat MB Kedah itu yang rata-ratanya dari parti Pas.

“Takkan saya nak biar, saya jantan, saya Umno, saya jawab pada mereka”, ujarnya mempertahankan tindakan yang dibuat oleh Umno.

Sekiranya benar apa yang diperkatakan oleh Pegawai Khas Sanusi itu, maka ia jelas membuktikan lagi bahawa kerajaan PN di Kedah hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Pergolakan dalaman yang berlaku semakin parah di antara parti-parti terutama Umno dan Pas dan cuba disembunyikan oleh Sanusi dengan pengumuman dan kenyataan yang sentiasa mencetuskan kontroversi di negeri Utara tanah air itu.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )