Pemuda Pas salahkan kementerian lain, pertahan Menteri Agama

Pemuda Pas salahkan kementerian lain, pertahan Menteri Agama

Bingkas bangun mempertahankan Menteri Agama dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), pemuda Pas memberikan alasan bahawa isu arak Timah adalah bukan dibawah bidang kuasa kementerian yang dipegang oleh Pas.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri, punca kuasa bukan berada di kementerian Agama. Menulis di Facebooknya, Sukri menyatakan bahawa,

“Menteri Agama dengan jelas memaklumkan bahawa ‘isu arak timah’ ini telah disampaikan pada Menteri Dalam Negeri dan Menteri KPDNHEP untuk tindakan. Kerana punca kuasa pada dua kementerian tersebut. Menteri Agama juga menegaskan sikap yang konsisten menentang arak.”

“Siasatan wajib dilakukan untuk memastikan siapakah dalang disebalik kerja mereka.”

“Yang bersalah wajib dikenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada pihak yang cuba untuk melakukan tindakan yang sama.”

“Bagi pihak Kerajaan Persekutuan kita tahu langkah yang bakal di ambil.” ujar beliau.

Sukri juga mempersoalkan tanggungjawab kerajaan Selangor bagi membenteras arak Timah itu.

“Apakah pula tindakan Kerajaan Selangor tempat beroperasi kilang arak tersebut? Parti Amanah yang mendakwa sebagai Parti Islam sewajibnya mendesak Kerajaan Selangor untuk mengenakan tindakan tegas kerana kilang ini berada di Selangor apatah lagi Pakatan Harapan yang memerintah di Selangor. Lantang Berkokok, Ekor Berciciran Najis”

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )