Pilihanraya mengejut Melaka ekoran hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri

Pilihanraya mengejut Melaka ekoran hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam memberi persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Perkara itu diumumkan Speaker Dun Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh sebentar tadi, sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya negeri mengejut.

“Semalam, Ketua Menteri mengutus surat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka untuk memaklumkan bahawa empat ahli berhormat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, dan seterusnya meminta perkenan membubarkan DUN Melaka yang ke 14.

“Sehubungan dengan itu, Tun Mohd Ali membuat pertimbangan dan bersetuju membubarkan DUN pada 4 Oktober bersamaan pada hari Isnin

“Proklamasi Pembubaran Dewan diwartakan pada hari ini 5 Oktober,” katanya dalam sidang media tadi.

Terdahulu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut telah mengumumkan penarikan sokongan mereka.

Mereka ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan. md

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )