Selepas Vellfire, Sanusi cuba ‘risik’ Ford Raptor?

Selepas Vellfire, Sanusi cuba ‘risik’ Ford Raptor?

Nampaknya nafsu Sanusi Md Nor terhadap kereta tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sebuah portal berita memetik satu hantaran di facebook seorang penduduk di Juru yang telah terserempak dengan Menteri Besar Kedah itu sedang ‘melihat-lihat’ sebuah Ford Raptor berwarna biru di salah sebuah showroom di situ.

Apa yang dikesalkan, perkara itu berlaku ketika seluruh negara berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan sebarang perniagaan bukan essential termasuk bilik pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi!

Toyota Vellfire KEP5000, jelas tertera perkataan Menteri Besar Kedah

Lebih memeranjatkan, kehadiran mereka ke situ dengan menggunakan kenderaan Toyota Vellfire KEP5000 milik Syarikat Air Darul Aman yang Sanusi nafikan untuk kegunaan beliau, sebaliknya untuk membawa tetamu SADA. Sedangkan dengan jelas di nombor plat Vellfire tersebut, tertera perkataan “Menteri Besar Kedah”!

Pembohongan apa yang sedang dipamerkan oleh Sanusi si MB tebuk atap ini?

baca berita penuh – PANAS | MB Kedah “KANTOI” di Juru, habis semua dia “langgar”!

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )