Shebby Singh meninggal dunia

Shebby Singh meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas bintang bola sepak negara Serbegeth Singh atau Shebby dilaporkan meninggal dunia ketika berbasikal petang tadi di Johor. Beliau berusia 61 tahun.

Beberapa gambar dikaitkan dengan kejadian itu tular sejak petang tadi.

Bagaimanapun butiran penuh belum diperolehi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan kematian Shebby.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )