Sibuk ugut hantar air selut kepada Peneng, rakyat Kedah sendiri merana

Sibuk ugut hantar air selut kepada Peneng, rakyat Kedah sendiri merana

Pulau Pinang berkemungkinan terpaksa menggunakan air selut sekiranya mereka terus enggan membayar caj air mentah kepada Kedah.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana Kedah mempunyai banyak projek yang bakal dilaksanakan, sekali gus memberi kesan kepada aliran air ke negeri berkenaan.

“Kita sebenarnya ada projek-projek yang belum diumumkan yang akan memberi masalah kalau mereka terus enggan membayar.

“Jika tidak bayar (caj air mentah), takpa dia gunalah (secara percuma), sampai hari keluar air selut, dia guna lah air selut tu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Yan pada Rabu semalam.

Ugutan demi ugutan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah itu nampaknya telah memakan diri apabila sebelum ini Kosmo telah melaporkan pada 6 April lalu lebih 100 penduduk di Kampung Tanjung Pari dan Kampung Batu Lapan di daerah Baling mendakwa, sumber tadahan air bukit yang digunakan mereka keruh dan berselut akibat aktiviti pembalakan sejak kebelakangan ini.

Penduduk yang ditemui merasa kecewa kerana mendakwa menerima bekalan air tercemar itu untuk kegunaan harian.

Belum sempat Pulau Pinang merasa air selut, penduduk di negeri Kedah sendiri yang terpaksa menggunakan air selut dahulu ekoran dari aktiviti pembalakan yang dijalankan.

Menurut seorang peniaga kedai runcit, Mohd. Shahrul Izwan Romali, 33, dari Kampung Tanjung Pari berkata, masalah air tercemar dengan tanah merah kerap berlaku sejak hujung tahun lalu dipercayai selepas berlaku aktiviti pembalakan di sekitar takungan air di Sera Ular di sini.

“Kami guna air yang disalurkan paip dari bukit atau dikenali sebagai air masyarakat sejak puluhan tahun lagi, namun sejak akhir-akhir ini bekalan air tersebut keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui.

Sorang suri rumah, Rubiah Talib, 66, berkata, kadang-kala berhari-hari dia tidak dapat membasuh dah memasak jika menerima air berselut.

Sikap angkuh Sanusi juga sering diselar warganet kerana dilihat tidak profesional walaupun beliau kini merupakan seorang Menteri Besar.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )