Skandal terbaru YDP YADIM Nasaruddin Hassan undang spekulasi liar?

Skandal terbaru YDP YADIM Nasaruddin Hassan undang spekulasi liar?

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mendesak kerajaan menyiasat berkenaan pemindahan wang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada anak syarikat, Lembaran YADIM Sdn. Bhd.

Beliau berkata isu pemindahan wang itu menjadi perbualan banyak pihak apabila turut berkaitan Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

“Syarikat Lembaran YADIM menyewa sebuah rumah dengan memasukkan perabot RM22,000 dengan tujuan sebagai rumah tetamu.

“Tetapi yang saya hairan mengapa rumah itu diduduki oleh Yang Dipertua YADIM sedangkan beliau sudah ada elaun perumahan dan dia telah menerima elaun itu.

“Jadi, mengapa syarikat Lembaran YADIM menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal Yang Dipertua YADIM?” dedahnya di Dewan Rakyat semalam.

Mahfuz menegaskan isu pemindahan wang daripada YADIM kepada anak syarikat Lembaran YADIM itu mengundang persoalan walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak kos membaiki kediaman Perdana Menteri RM38 juta.

“Pemindahan bagi tujuan pinjaman mudah sebanyak RM500,000, untuk pemilikan ekuiti syarikat luar Nurflix sebanyak RM1 juta dan tambahan pelaburan modal kongsi sebanyak RM500,000.

“Ini bermakna sebanyak RM2 juta dipindahkan daripada akaun YADIM kepada anak syarikat Lembaran YADIM.

“Apa tujuan pemindahan itu tanpa perjanjian atau dokumen jelas yang sepatutnya dimeterai antara YADIM dan Lembaran Yadim dan Nuflix ini,” kata Mahfuz lagi. md

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )