TERKINI | Anwar keluar dari Istana dengan “senyuman” dan “lambaian”

TERKINI | Anwar keluar dari Istana dengan “senyuman” dan “lambaian”

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Presiden PKR itu berkata, beliau merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak meneruskan pelaksanaan darurat yang akan diputuskan Agong berdasarkan kuasa baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Anwar tiba di Istana Negara sekitar 10.37 pagi tadi dengan menaiki Jaguar hitam.

Pemimpin pembangkang lain yang dijangka menghadap Agong petang nanti ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pula dijangka menghadap Sultan Abdullah esok.

Sementara itu, Bernama memetik Pejabat Ketua Menteri Sarawak sebagai berkata, Agong berkenan menerima mengadap ketua parti komponen GPS melalui sidang video pada 14 Jun

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )