TERKINI | Guan Eng individu ketiga mengadap Agong

TERKINI | Guan Eng individu ketiga mengadap Agong

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.

Kenderaan yang membawa beliau memasuki pintu 2 Istana Negara sekitar jam 1.57 petang.

Media melaporkan tentang pertemuan melibatkan ketua pemimpin parti menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bermula 9 hingga 11 Jun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi tadi.

Ia sekali gus menyaksikan Guan Eng menjadi wakil ketua pemimpin politik ketiga yang menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini.

Dijangka pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) turut menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini. – Sinar

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )