VIDEO | Kerana ayat “Memalukan” Rashid Hasnon “koyak” gantung MP Jelutong

VIDEO | Kerana ayat “Memalukan” Rashid Hasnon “koyak” gantung MP Jelutong

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon menggantung RSN Rayer (Jelutong-DAP) hadir ke sidang Dewan Rakyat selama dua hari selepas dia menggesa Rashid menjelaskan tindakan menolak usul menggantikan Speaker Dewan Rakyat.

Rashid membuat keputusan tersebut selepas Rayer memberi amaran kepada Rashid supaya tidak menyalahgunakan kuasanya kerana ia memalukan.

“Timbalan speaker, jangan salah guna kuasa. People are watching you. Memalukan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Rashid bagaimanapun meminta Rayer menarik balik ayatnya itu sebelum mengarahkan bentara membawa keluar Rayer dari Dewan.

“Saya minta Jelutong tarik balik ayat tu. Tarik balik! Tarik balik Jelutong!,” arah Rashid.

Suasana Dewan kecoh buat seketika apabila ahli-ahli parlimen dari barisan pembangkang mempertahankan Rayer.

Rayer kemudian bertegas untuk mempertahankan kenyatannya itu.

“Dah tiga kali (saya ulang tarik kenyataan). Saya arahkan bentara minta Jelutong keluar sekarang.

“Saya minta bentara jalankan tugas keluarkan Jelutong sekarang (selama) dua hari,” kata Rashid. mk

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )