VIDEO | Timbalan Menteri tidur lena kerana “pengaruh ubat” yang diambil

VIDEO | Timbalan Menteri tidur lena kerana “pengaruh ubat” yang diambil

Tular satu rakaman video Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz kali ke-5 sesi 2016-2020 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith di media sosial sejak semalam gara-gara beliau tertidur ketika majlis tersebut.

Video yang ditularkan berdurasi 1 minit itu memaparkan keadaan yang agak kecoh kerana Timbalan Menteri itu tidur nyenyak ketika majlis sedang berlangsung.  Kekecohan mula dirasakan apabila pengacara majlis menjemput Timbalan Menteri itu bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah. Hampir seminit pihak penganjur cuba mengejutkan beliau namun tidak juga bangun, sehingga memaksa pengawal peribadinya naik ke atas pentas untuk mengejutkan sendiri Timbalan Menteri tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, selepas itu telah memohon maaf susulan video yang mula tular menunjukkan beliau tertidur ketika majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, semalam.

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.

“Untuk makluman Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )