Yeo Bee Yin raih undian tertinggi pemilihan DAP Johor

Yeo Bee Yin raih undian tertinggi pemilihan DAP Johor

Bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim, Yeo Bee Yin yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan DAP Johor hari ini, dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa parti di negeri itu.

Ketika keputusan undian diumumkan sebentar tadi, Yeo yang juga Ahli Parlimen Bakri meraih 631 undi, diikuti Teo Nie Ching (577) dan Liew Ching Tong (561).

Jawatankuasa DAP negeri kemudiannya melantik Liew, yang mendapat undian ketiga tertinggi, sebagai Pengerusi DAP Johor semula.

Liew dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor sejak 2014.

Sementara itu, Setiausaha DAP Johor, Tan Hong Pin, hampir pasti tidak dapat mengekalkan jawatannya apabila “terkeluar” daripada senarai barisan 15 kepimpinan kerana hanya mendapat 485 undian yang menempatkannya di tangga ke-16.

Rakan seteru dan “kerjasamanya”, Boo Cheng Hau terselamat apabila menduduki tangga ke-14 dengan 495 undian.

Pemilihan hari ini menyaksikan tiga calon menarik diri dan 1,031 perwakilan hadir, iaitu 69% daripada keseluruhan 1,489 perwakilan di Johor. – FMT

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )